[VIDEO] Dzulkifli Ahmad lapor diri di Jabatan Peguam - Utusan Malaysia

[VIDEO] Dzulkifli Ahmad lapor diri di Jabatan Peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 15 Mei – Tan Sri Dzulkifli Ahmad tiba di Ibu Pejabat Jabatan Peguam Negara hari ini untuk melaporkan diri untuk bertugas hari pertama di sini.

Beliau yang sebelum ini Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) tiba pukul 8.05 pagi dilihat menunggu dalam kereta rasminya, Proton Perdana beberapa minit sebelum keluar menuju ke pintu masuk khas.

Dzulkifli hanya senyum dan melambaikan tangan sebaik ditegur para wartawan yang menunggu di lobi Jabatan Peguam Negara.

Semalam, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa mengesahkan Dzulkifli telah mengemukakan untuk menamatkan perkhidmatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Pada masa sama, Dzulkifli juga mengesahkan beliau akan kembali bertugas di Jabatan Peguam Negara.

Beliau sebelum ini merupakan Pengarah Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara, Jabatan Peguam Negara sebelum dilantik mengetuai SPRM.

Sehingga kini, tidak diketahui jawatan baharu Dzulkifli di Jabatan Peguam Negara.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×