21 maut banjir di Iraq - Utusan Malaysia

21 maut banjir di Iraq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGHDAD 25 Nov. – Sekurang-kurangnya 21 orang terkorban dalam tempoh dua hari selepas bencana banjir melanda utara Iraq.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Iraq, Seif al-Badr berkata, kebanyakan mangsa yang maut adalah golongan wanita dan kanak-kanak.

Jelasnya, ada di antara mereka mati lemas, kemalangan dan terkena renjatan elektrik.

Selain itu, kira-kira 10,000 penduduk di wilayah Salahaddin dan 15,000 orang di Ninevah memerlukan bantuan segera susulan kekurangan bekalan asas termasuk kehilangan tempat tinggal. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×