3 ADUN sertai Bersatu - Utusan Malaysia

3 ADUN sertai Bersatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 25 Nov. – Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas di negeri ini membuat keputusan  menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Besar, Datuk Osman Sapian, hari ini.

Tiga wakil berkenaan ialah ADUN Sedili, Rasman Ithnain; ADUN Johor Lama, Rosleli Jahari dan ADUN Endau, Alwiyah Talib.

Menteri Besar berkata, Alwiyah menyertai Bersatu pada Mei lalu.

“YB (Yang Berhormat) Rasman dan YB Roslaily baru sahaja menyertai Bersatu pada 19 November lalu,” katanya kepada ketua biro media massa selepas mendengar taklimat tentang Belanjawan Negeri 2018, sebentar tadi.

Menteri Besar akan membentangkan Belanjawan Negeri 2018 pada Khamis ini.

Beliau berkata, Bersatu sentiasa terbuka dan menerima baik kemasukan wakil rakyat berkenaan dan permohonan mereka telah diluluskan kepimpinan tertinggi parti tersebut.

Kesemua ADUN berkenaan adalah wakil rakyat UMNO, namun mengumumkan keluar parti pada 12 Mei lalu selepas Barisan Nasional (BN) tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ditanya sama ada lebih ramai wakil rakyat pembangkang, khususnya UMNO akan menyertai Bersatu, Osman enggan mengulas lanjut.

Dengan penyertaan tiga wakil rakyat tersebut, Pakatan Harapan yang kini membentuk kerajaan negeri mempunyai 39 wakil, manakala Barisan Nasional (BN) dengan 16 ADUN dan seorang daripada Pas.

Johor mempunyai 56 ADUN. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×