Polis kenal pasti individu dua beradik didera di Sungai Buloh - Utusan Malaysia

Polis kenal pasti individu dua beradik didera di Sungai Buloh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis telah mengenal pasti individu yang disyaki terbabit mendera dua beradik perempuan berusia satu dan dua tahun di rumah pengasuh mereka di Sungai Buloh dekat sini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, pihaknya telah menerima laporan semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001. 

“Suspek akan ditahan dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Media hari ini melaporkan, ibu kepada dua kanak-kanak itu menyedari terdapat kesan lebam pada anaknya setiap kali dia menjemput mereka dari rumah pengasuh semenjak September. 

Menurut laporan itu, pengasuh berkenaan mendakwa tidak menyedari kesan luka dan lebam dialami dua beradik itu dengan memberi alasan kanak-kanak itu mungkin terjatuh ketika berada di bilik air. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×