‘Masa itu emas, pergi dan berjuang’ - Utusan Malaysia

‘Masa itu emas, pergi dan berjuang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JUARA remaja dunia 2018, Goh Jin Wei tidak mahu menunggu sehingga Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis untuk menjadi pesaing bagi merebut pingat pada temasya dunia tersebut.

Sebaliknya pemain berusia 18 tahun tersebut bersemangat tinggi dan tekad memberikan aksi terbaik pada temasya empat tahun sekali itu di Tokyo, Jepun dua tahun lagi.

“Saya tidak fikir perlu tunggu sehingga tahun 2024 untuk menjadi pencabar pingat di Olimpik kerana pada 2020 pun saya berpotensi untuk mendapatkannya.

“Masa itu emas, saya perlu pergi dan berjuang,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus tiba dari Kanada semalam.

Jin Wei menjadi perhatian peminat sukan badminton apabila merangkul gelaran kedua Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2018 di Markham, Kanada kelmarin selepas kali pertama meraihnya tiga tahun lalu di Lima, Peru.

Semalam media tempatan melaporkan bahawa jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menyifatkan karier pemain kelahiran Pulau Pinang itu masih jauh dan yakin Jin Wei akan menjadi sandaran utama negara khususnya pada Sukan Olimpik Paris 2024.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×