Duit hadiah disamun - Utusan Malaysia

Duit hadiah disamun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH 19 Nov. – Meskipun hilang ke­semua duit untuk ha­diah pertan­dingan me­­­­mancing berjumlah lebih RM50,000 selepas disamun, tidak menghalang penganjur pertandingan meneruskan pertandingan tersebut di Tasik Bandar Temerloh semalam

Pertandingan memancing yang berjalan lancar menyaksikan seorang peserta dari Kuala Semantan membawa pulang wang tunai sebanyak RM25,000 selepas berjaya menaikkan ikan patin seberat 6.9 kilogram. 

Mangsa, Rosli Basri, 39, berkata, kejadian samun dialaminya tidak menjejaskan pertandingan memancing yang disertai le­bih 792 pemancing dari seluruh negara hari ini.

“Ini merupakan kejadian pertama saya disamun tetapi tidak melemahkan usaha saya untuk terus menganjurkan pertandi­ngan memancing seperti ini pada masa hadapan.

“Saya bersyukur walaupun mengalami kerugian besar tetapi pertandingan tetap dapat dijalankan dengan lancar,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Ujarnya, akibat kejadian itu dia kehilangan wang tunai sebanyak RM51,250 untuk hadiah pertan­dingan memancing yang diletakkan di dalam beg.

“Dua lelaki memakai topeng separuh muka berjaya mengambil beg mengandungi wang tunai yang diletakkan di bahagian belakang dalam kereta saya tetapi mujur saya tidak cedera meskipun mereka melepaskan tembakan,” ujarnya.

Menurut Rosli, dia telah membuat laporan polis malam semalam selepas kejadian berke­naan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×