SPRM ambil dokumen dari kediaman Irwan Serigar - Utusan Malaysia

SPRM ambil dokumen dari kediaman Irwan Serigar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengiringi bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah kembali ke rumahnya di Presint 8 di sini dipercayai bagi mengambil dokumen.

Kenderaan pelbagai guna yang dinaiki pasukan lima pegawai SPRM bersama-sama Mohd Irwan Siregar tiba di kediaman itu pada kira-kira pukul 4.30 petang. 

Mereka dilihat keluar dari kediaman itu kira-kira 15 minit kemudian bersama-sama Mohd. Irwan yang dibawa semula ke ibu pejabat SPRM.

Ketika  keluar dari rumah berkenaan, pegawai SPRM dilihat membawa satu beg bimbit dan dua pasang kot milik dipercayai milik Mohd. Irwan.

Sedikit kekecohan berlaku apabila kehadiran wartawan dan jurugambar di luar kediaman untuk merakam kehadiran SPRM  itu dihalang oleh anggota keluarga Mohd Irwan Serigar yang turut meminta agar visual dan gambar yang dirakam dipadamkan.

Sebelum itu pada kira-kira pukul 3.30 petang, Mohd Irwan dipanggil ke ibu pejabat SPRM bagi melengkapkan proses akhir siasatan.

Menurut kenyataan SPRM, Mohd. Irwan Siregar dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan didakwa esok berhubung siasatan beberapa kes pecah amanah melibatkan wang milik kerajaan Malaysia. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×