Rafizi mampu atasi Azmin - Utusan Malaysia

Rafizi mampu atasi Azmin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Okt. – Calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli masih berpeluang untuk menjadi orang paling kanan Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada November ini apabila Sabah dan Kedah mengadakan pemilihan tidak lama lagi.

Kedua-dua negeri itu dikatakan kubu kuat Rafizi dalam persaingan merebut jawatan kedua tertinggi parti tersebut.

Berdasarkan keputusan awal pemilihan PKR peringkat kedua di Selangor hari ini, lawannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menerima 4,978 undi dengan memenangi empat daripada tujuh cabang iaitu Gombak, Pe­taling Jaya Utara, Petaling Jaya Selatan dan Kuala Langat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Rafizi pula memperoleh 4,384 undi dan menang di cabang-cabang Selayang, Klang dan Puchong.

Bagaimanapun beliau tewas di Cabang Gombak, iaitu Parlimen Mohamed Azmin membuatkan Rafizi ketinggalan sebanyak 594 undi dalam peringkat kedua pemilihan di Selangor.

Meskipun tewas di negeri kubu kuat lawannya buat kali kedua, Rafizi hanya ketinggalan 1,262 undi di belakang Mohamed Azmin selepas pemilihan di tujuh negeri termasuk Perlis dan dua pertiga Selangor.

Jika mengambil kira keputusan tidak rasmi di Melaka dan Negeri Sembilan yang diperoleh Utusan Malaysia semalam, Mohamed Azmin sebenarnya hanya mendahului Rafizi de­ngan kelebihan 995 undi.

Menurut Rafizi dalam satu kenyataan hari ini, beliau masih ada peluang untuk menang di beberapa cabang di Selangor, Perak dan Kedah sebelum pemilihan di Sabah dan Sarawak pada November.

“Paling penting, mitos bahawa saingan saya, Mohamed Azmin akan menang besar di Selangor juga tidak benar.

“Keputusan menunjukkan beliau hanya menang sekitar 1,300 undi di Selangor, dalam keadaan beliau tidak mendapat sokongan majoriti di negeri-negeri di luar Selangor,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini