Kematian suspek Salafi Jihadi tiada kaitan sabotaj - KPN - Utusan Malaysia

Kematian suspek Salafi Jihadi tiada kaitan sabotaj – KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Okt. – Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menafikan tohmahan terdapat unsur sabotaj dalam kemalangan van membawa tahanan yang turut mengakibatkan kematian seorang suspek aktiviti keganasan di Bukit Beruntung, dekat sini, Jumaat lalu.

TAN SRI MOHAMAD FUZI HARUN
TAN SRI MOHAMAD FUZI HARUN 

Menurutnya, kejadian yang menimpa seorang daripada lapan suspek yang ditahan di Perlis kerana terlibat dalam fahaman Salafi Jihadi itu hanya kemalangan biasa.

“Kejadian itu tiada unsur sabotaj. Kenderaan tersebut terbabas kerana tayar bahagian kanan van meletup sebelum melanggar pembahagi jalan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam kejadian itu bukan sahaja suspek, malah anggota kita turut terpelanting keluar daripada kenderaan. Bagaimanapun, suspek gagal diselamatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman di antara Bank Muamalat Malaysia Berhad dan yayasan Pengaman Malaysia di sini hari ini.

Jumaat lalu, media melaporkan sebanyak tujuh anggota polis cedera dengan tiga daripadanya parah apabila kenderaan yang dinaiki mereka bersama empat orang kena tahan (OKT) terbabas di Kilometer 428.3, Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan berhampiran Sungai Buloh dekat sini.

Bagaimanapun, seorang suspek warga Perancis yang turut cedera dalam kemalangan itu dilaporkan meninggal dunia Ahad lalu ketika menjalani rawatan di Hospital sungai Buloh. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini