MELAKA – Lima menteri Kabinet adalah antara 419 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran Melaka sempena sambutan ulang tahun ke-80 Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini semalam.
Mereka yang merupakan antara 14 penerima Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) membawa gelaran Datuk Seri itu terdiri daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Mohd. Harun; Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkeply Ahmad; Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd. Redzuan Md. Yusof; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusof.
Dalam satu kenyataan semalam, Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari berkata, turut menerima DGSM ialah Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Mohd. Akin; Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Jamil Salleh dan Penasihat Umum Parti Amanah Negara (Amanah), Ahmad Awang.
Menurut Adly, seramai sembilan penerima Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) membawa gelaran Datuk Wira antaranya Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Omar Jaafar; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Md. Farid Md. Rafik; Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd. Hatta Md. Ramli dan Ketua Polis Melaka, Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











