Atlet para cemerlang di Indonesia - Utusan Malaysia

Atlet para cemerlang di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MALAYSIA menamatkan cabaran Sukan Para Asia 2018 dengan meraih 17 pingat emas, pencapaian terbaik mengatasi temasya sebelum ini di Incheon, Korea Selatan pada 2014.

Selepas mencapai sasaran 15 pingat kelmarin, atlet luar biasa negara meraih dua lagi emas dalam acara final berbasikal semalam.

Ratu basikal negara, Nur Azlia Syafinaz Mohd. Zaid, 20, meraih emas ketiganya menerusi acara trek wanita kategori B, selepas me­nyumbang dua emas dalam acara kejar mengejar individu wanita 3,000 meter dan lumba lebuh raya kategori B wanita sebelum ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pingat Emas kedua semalam atau ke-17 untuk negara diraih pelumba para basikal, Muhammad Afiq Afify Rizan dalam acara trek lelaki B 1 kilometer (km) yang juga berlangsung di Velodrom Antarabangsa Jakarta.

Malaysia menamatkan cabaran Sukan Para Asia 2018 di kedudukan kelapan dengan meraih 17 emas, 26 perak dan 25 gangsa.

Pada Sukan Para Asia di Incheon 2014, Malaysia memperoleh 15 emas, 20 perak dan 27 gangsa.

Di Jakarta 2018, Malaysia meraih lapan emas dalam para olahraga, lima emas (basikal), dua emas (bo­ling) dan masing-masing satu emas dalam sukan renang dan ping pong.

Sukan olahraga yang menyum­bang pingat paling banyak turut gemilang dengan kejayaan dua atlet hebat negara, Abdul Latif Romly dan Mohamad Ridzuan Puzi yang mencatatkan dua rekod baharu dunia.

Latif mencatatkan rekod baharu dunia dalam acara lompat Jauh T20 (7.64m) manakala, Ridzuan mencatatkan rekod baharu dunia dalam acara 100m T36 (11.87 saat).

Malaysia menyertai 15 daripada 18 acara sukan yang dipertandingkan.

Sukan Para Asia 2018 disertai 43 negara yang dirasmikan Presiden Indonesia, Joko Widodo pada 6 Oktober lepas, akan ditutup secara rasmi oleh Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla di Stadium Madya, Kompleks Gelora Bung Karno malam tadi. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini