Seludup arak haram: Pengeluar gesa pihak berkuasa bertindak - Utusan Malaysia

Seludup arak haram: Pengeluar gesa pihak berkuasa bertindak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Okt. – Pengeluar minuman keras, United Breweries Limited menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap dua syarikat yang didakwa menyeludup minuman keras secara haram ke negara ini.

Penasihatnya, S. Chandran berkata, pihaknya mengesan dua syarikat tempatan menggunakan kepala surat dan dokumen palsu menyerupai milik syarikatnya.

“Perkara itu disedari rakan niaga kami di Singapura, Bolt Global Trading pada 20 Ogos dan 19 September lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dua syarikat yang beralamat dia Pusat Komersial Sunway dan Damansara Intan itu bukan sahaja menggunakan kepala surat palsu malah mengeluarkan ‘Bill of Lading’ yang menyerupai syarikatnya bagi meyakinkan syarikat dari Singapura itu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurut Chandran, syarikatnya dan Bolt Global Trading sudah membuat aduan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berhubung aktiviti dua syarikat itu namun tiada tindakan diambil setakat ini.

Tambahnya, United Breweries sebagai syarikat pengeksport rasmi bir Kingfisher ke 69 negara termasuk Malaysia sentiasa merasa bertanggungjawab untuk membantu pihak berkuasa mengekang penyeludupan arak haram ke negara ini yang boleh menjejaskan rakyat Malaysia.

“Kami juga sudah membuat aduan berkenaan kemasukan bir tiruan ke negara ini kepada Polis Diraja Malaysia.

“Kami harap tindakan segera dapat diambil terhadap dua syarikat ini yang dipercayai mendalangi penyeludupan arak dari negara jiran namun menggunakan jenama antarabangsa untuk mengaburi pembeli,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini