Mahasiswa UCSI sokong usaha MRA - Utusan Malaysia

Mahasiswa UCSI sokong usaha MRA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Okt. – Malaysian Relief Agency (MRA) terus menerima sokongan berterusan daripada orang ramai yang prihatin dengan mangsa kejadian gempa bumi di Palu, Sulawesi Tengah, baru-baru ini.  

Terbaharu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kemanusiaan itu telah menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM2328.15 daripada mahasiswa Fakulti Perubatan dan Optometri Universiti UCSI bagi menunjukkan solidariti dan memberi semangat kepada mangsa tragedi meneruskan kehidupan masing-masing. 

Menurut Presiden MRA, Dr. Mohd. Daud Sulaiman, pasukan kemanusiaan MRA telah pun berada di Palu sejak 2 Oktober lalu bagi mengagihkan pelbagai kelengkapan asas termasuk makanan dan air bersih. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebahagian pasukan MRA telah pun ke Palu bagi membantu mangsa gempa bumi yang terpaksa berhadapan cabaran dengan bantuan makanan dan air bersih sudah diagihkan ke beberapa kem penempatan. Pasukan Perubatan MRA juga dijangka tiba pada bila-bila masa bagi memberi bantuan perubatan dan trauma,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Rakyat Malaysia yang ingin terus menghulurkan sumbangan ke tabung kemanusiaan gempa bumi Sulawesi boleh berbuat demikian melalui akaun Public Bank 39885 91608 atas nama Malaysian Relief Agency Foundation.

Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi talian +60 13 455 7020 (Mohd Fadhil Baharudin) atau +60 3 9174 4672 (Pejabat MRA). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini