Jin Wei selangkah hampiri emas YOG - Utusan Malaysia

Jin Wei selangkah hampiri emas YOG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Okt. – Bekas juara remaja dunia, Goh Jin Wei hanya selangkah lagi dipisahkan daripada pingat emas Sukan Olimpik Remaja (YOG) 2018 selepas mara ke final badminton perseorangan wanita di Buenos Aires, Argentina, awal pagi tadi.

Turun sebagai pilihan ketiga, Jin Wei, 18, bangkit daripada ketinggalan di set pertama untuk mengejutkan pilihan pertama dari Thailand, Phittayaporn Chaiwan 19-21, 21-15, 21-13 dalam separuh akhir di Technopolis.

Halangan terakhir Jin Wei untuk pulang bersama pingat emas adalah pilihan kedua dari China, Wang Zhiyi yang tidak menghadapi masalah untuk melayakkan diri ke final selepas mengalahkan Jaslyn Hooi dari Singapura 21-11, 21-10.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jin Wei, juara remaja dunia 2015 yang diberi penghormatan sebagai pembawa Jalur Gemilang dalam upacara pembukaan menjadi sandaran utama Malaysia untuk memenuhi sasaran satu emas yang diletakkan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.

Perlawanan akhir akan berlangsung awal pagi esok. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini