KUALA LUMPUR 12 Okt .- Beberapa gambar tular dalam media sosial yang didakwa kononnya Ibu pejabat UMNO di Pusat Dagangan Putra (PWTC) di sini digeledah oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah tidak benar.
Memetik laporan portal UMNO Online, Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd. Sumali Reduan berkata, gambar yang tular itu merupakan kerja-kerja penyusunan dan kemaskini fail-fail pentadbiran di Ibu pejabat UMNO.
Jelas beliau, gambar itu merupakan tugasan harian dan penyusunan semula dokumen yang dilakukan kakitangan UMNO sendiri.
Memuatkan artikel berkaitan…
Tambah beliau, UMNO sentiasa memberikan kerjasama kepada mana-mana pihak dalam apa jua keadaan. – UTUSAN ONLINE










