Keracunan laksa: KKM sahkan 19 kes baharu - Utusan Malaysia

Keracunan laksa: KKM sahkan 19 kes baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Jumlah kes keracunan makanan (KRM) yang dipercayai berpunca daripada memakan laksa yang dibeli dari sebuah premis di Kupang, Baling, Kedah minggu lalu kini meningkat kepada 80 kes selepas 19 kes baharu direkodkan sehingga kini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata sejak dilaporkan pada Rabu lalu, hanya dua kes kematian masih kekal akibat kes keracunan berkenaan.

Daripada jumlah kes baharu, satu kes dilaporkan di Kedah, 15 di Perak dan tiga kes di Selangor, katanya dalam kenyataan hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebanyak sembilan pesakit masih dirawat di hospital dan kesemuanya dilaporkan dalam keadaan stabil,”katanya sambil menambah pecahan 80 kes ialah 31 di Perak (termasuk dua kematian), 25 kes (Kedah) dan 24 kes di Selangor.

Beliau berkata, setakat ini sebanyak 10 sampel makanan telah dihantar ke makmal untuk ujian termasuk empat sampel mi laksa, empat sampel kuah laksa dan dua sampel bahan campuran salad untuk laksa. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini