Banjir: Dua pusat pemindahan sementara dibuka di daerah Hilir Perak - Utusan Malaysia

Banjir: Dua pusat pemindahan sementara dibuka di daerah Hilir Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN – Kejadian banjir di daerah Hilir Perak semakin bertambah buruk apabila jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir semakin meningkat.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam satu kenyataan hari ini berkata, Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) Taman Desa Aman Batu 6, Jalan Maharajalela di sini menjadi pusat pemindahan mangsa banjir kedua yang dibuka di daerah itu ekoran limpahan air Sungai Perak dan air pasang besar.

Ia melibat pemindahan 34 lagi mangsa daripada sembilan buah keluarga dari Kampung Sri Jaya, Batu 7 Jalan Maharajalela, sejak pukul 5 petang tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sehingga kini, secara keseluruhan seramai 202 orang daripada 56 buah keluarga berada di pusat pemindahan sementara (PPS), termasuk 168 mangsa daripada 47 keluarga yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Jong hari ini.

“Pecahan mangsa yang ditempatkan di PPS SK Changkat Jong setakat ini iaitu 37 lelaki dewasa, 50 wanita, 51 kanak-kanak lelaki dan 30 kanak-kanak perempuan. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini