[VIDEO] Muhyiddin hadir kempen PH di Port Dickson - Utusan Malaysia

[VIDEO] Muhyiddin hadir kempen PH di Port Dickson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 11 Okt. – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir buat kali pertama dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson di sini malam ini.


Video oleh MOHD. FIKRI FADZIL

Menteri Dalam Negeri itu menghadiri satu majlis di Masjid Kariah Bagan Pinang di sini dan sempat bertemu calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang singgah di masjid itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Yang turut hadir Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Badan Pimpinan Bersatu negeri, Tan Sri Dr. Rais Yatim.

Terdahulu, Muhyiddin menyertai majlis bacaan yasin dan tahlil bersama penduduk setempat selepas solat Maghrib bagi mendoakan kesihatannya.

Beliau selamat menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan pada pankreas di Singapura pada 12 Julai lalu dan masih menjalani rawatan susulan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini