Kejohanan Boling Mamee 2018 erat hubungan pekerja - Utusan Malaysia

Kejohanan Boling Mamee 2018 erat hubungan pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Mamee Double Decker (M) Sdn. Bhd. menganjurkan Kejohanan Boling Mamee 2018 sebagai tanda penghargaan terhadap kerja keras kakitangannya pada 5 Oktober lalu.

Menurut Pengarah Strategik Korporat dan Kewangan Mamee, Vuitton Pang Hee Cheah, kakitangan yang digelar sebagai The Monstar merupakan tunjang utama kepada kejayaan yang dicapai selama ini.

Katanya, acara tersebut menghimpunkan kakitangan dari tiga cawangan iaitu Melaka, Subang Jaya, Selangor dan Kuantan, Pahang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tidak salah sekiranya ingin meraikan mereka kerana ia juga memberi peluang mewujudkan komunikasi dua hala antara pihak pengurusan dan pekerja dari pelbagai jabatan.

“Selain itu, acara seperti ini juga dilihat mampu memberi impak positif terhadap imej Mamee sebagai syarikat yang memiliki persekitaran tempat kerja kondusif serta menjaga kebajikan kakitangannya,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Sementara itu, kakitangan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Azlan Arif Khairi berkata, kejohanan tersebut merupakan inisiatif yang baik kerana mampu mengukuhkan hubungan antara para pekerja.

“Saya harap acara seperti ini diteruskan pada masa akan datang kerana ia memberi satu impak yang positif terhadap kami (pekerja),” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini