MIEC anjur Perdana YIEA 2018 - Utusan Malaysia

MIEC anjur Perdana YIEA 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Okt. – Koperasi Usahawan India Malaysia (MIEC) akan menganjurkan Anugerah Perdana Usahawan Muda India (Perdana YIEA) 2018 pada 9 Disember depan bagi mengiktiraf golongan itu atas pencapaian mereka dalam bidang keusahawanan.

Majlis anugerah yang ke-13 bertemakan ‘Memupuk Usahawan India’ itu, turut mendapat kerjasama daripada Social Entrepreneurs Network (SeNet).

M. Mathuraiveran
M. Mathuraiveran 

Pengerusi MIEC, M. Mathuraiveran berkata, Perdana YIEA yang diperkenalkan sejak 2004, menyediakan platform kompetitif kepada usahawan muda India bersaing dalam arena perniagaan yang semakin mencabar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Anugerah ini mengiktiraf pencapaian usahawan muda India cemerlang yang telah berjaya dalam perniagaan mereka.

“Tujuan utama menganjurkan anugerah sedemikian adalah untuk menghargai semangat keusahawanan dalam kalangan golongan muda dan menggalakkan belia India membina perniagaan mereka serta terus menyumbang kepada ekonomi negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini