ASTANA 11 Okt. – Sebuah kapsul yang membawa keluar dua angkasawan dari roket Soyuz berjaya mendarat dengan selamat di sini.
Kedua-dua angkawasan bergambar sebelum menaiki Soyuz dan berlepas ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS). – AGENSI
BBC melaporkan, angkasawan Rusia, Alexey Ovchinin dan angkasawan Amerika Syarikat, Nick Hague dilaporkan dalam keadaan baik.
Memuatkan artikel berkaitan…
Operasi mencari dan menyelamat kini giat dilakukan di lokasi kapsul berkenaan mendarat.
Roket tersebut berdepan dengan masalah tenikal ketika ia berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).
Keadaan itu memaksa dua angkasawan terbabit menyelamatkan diri menggunakan kapsul keselamatan. – AGENSI











