Bebas tuduhan rasuah, wang haram - Utusan Malaysia

Bebas tuduhan rasuah, wang haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Bekas Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Selangor tidak dapat menahan sebak selepas dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam daripada empat pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram yang didakwa dilakukannya sejak tiga tahun lalu.

Hakim Azman Abu Hassan membuat keputusan itu ke atas tertuduh, Mohd. Adnan Md. Daud, 55, setelah mendapati pihak pembelaan berjaya me­nimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan.

Mohd. Adnan ketika ditemui melahirkan rasa syukur dan lega apabila dibebaskan daripada semua pertuduhan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya anggap apa yang terpaksa saya hadapi selama hampir dua tahun termasuk turun naik mahkamah adalah ujian Allah dan akhirnya kebenaran itu telah tiba pada hari ini (semalam),” katanya ketika ditemui pemberita di luar kamar mahkamah semalam.

Bagi kes rasuah, tertuduh yang ketika itu merupakan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S48 dan bertugas sebagai Pengarah Kemas Selangor didakwa memperoleh suapan RM68,343.47 daripada Sah Hizam Halim di Maybank Cawangan Alor Setar di sini pada 14 Disember 2016.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini