42 lagi mangsa laksa ‘beracun’ - Utusan Malaysia

42 lagi mangsa laksa ‘beracun’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Sebanyak 42 lagi kes keracunan makanan yang disyaki berpunca daripada laksa ‘beracun’ dari sebuah kedai di Kupang, Baling diterima Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

NOOR HISHAM
NOOR HISHAM 

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, penambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 61 kes dengan dua kematian.

“Kes baharu itu melibatkan 14 kes di Kedah, tujuh kes di Perak dan 21 kes di Selangor apabila pesa­kit dilaporkan mempunyai gejala yang sama.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil siasatan mendapati pesakit-pesakit itu mempunyai sejarah makan laksa yang dibeli dari kedai di Kupang, Baling iaitu premis sama seperti kes keracunan makanan yang dilaporkan sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini