Vettel berhak dapat penghormatan - Utusan Malaysia

Vettel berhak dapat penghormatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Juara dunia Formula Satu (F1) empat kali, Lewis Hamilton berpendapat pesaing terdekatnya daripada Ferrari, Sebastian Vettel berhak mendapat lebih penghormatan atas usahanya pada perlumbaan musim ini.

Hamilton berkata demikian sebagai mengulas kritikan yang ­diterima oleh pemandu Jerman tersebut selepas dikatakan melakukan kesilapan selain salah strategi pada Grand Prix (GP) Jepun, sekali gus menamatkan harapannya untuk memburu gelaran juara dunia F1 buat kali kelima.

Pada saingan di Litar Antarabangsa Suzuka minggu lalu, jentera Vettel telah bergesel dengan pemandu Red Bull, Max Verstappen ketika dia cuba memintas pemandu Belanda itu pada awal pusingan, namun kejadian itu menyebabkan jentera Vettel terbabas dan berpusing sekali gus terperosok di kedudukan ke-19.

Memuatkan artikel berkaitan…

Namun, Vettel tidak berputus asa dan berusaha keras mengejar semula kedudukan sebelum menamatkan perlumbaan di tempat keenam meskipun memulakan saingan di petak kelapan.

“Saya rasa media perlu ­menunj­­­­­­u­­kkan sedikit rasa hormat kepada Ve­ttel. Anda semua tidak faham betapa sukarnya untuk seorang pemandu mencapai tahap yang telah kami capai ini.

“Kesilapan itu perkara biasa kerana kami juga manusia biasa. Kritikan sepatutnya dilontarkan berdasarkan bagaimana kami hadapi masalah tersebut,” tegasnya.

Ferrari dan Vettel dikritik hebat susulan kesilapan strategi yang dilakukan termasuk kesilapan pemilihan tayar pada sesi kelayakan terakhir di Jepun selain beberapa kesilapan di atas litar. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini