MADRID – Pemain tengah Atletico Madrid, Saul Niguez memberi bayangan rakan sepasukannya yang juga bintang sensasi Perancis, Antoine Griezmann akan ditabalkan sebagai penerima anugerah Ballon d’Or 2018.
Saul, 23, menyifatkan Griezmann lebih berhak memenangi anugerah tersebut berbanding pilihan utama iaitu perancang tengah Real Madrid dan Croatia, Luka Modric.
“Griezmann tidak menjaringkan ba-nyak gol seperti Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi tetapi sebahagian besar kejayaan Atletico disebabkan kecemerla-ngannya.
“Dia masih berupaya melakar banyak kejayaan manis bersama Atletico dan Perancis terutamanya memenangi Piala Dunia 2018.
“Jadi, Griezmann lebih berhak memenanginya dan jika itu berlaku, ia adalah satu keputusan terbaik buat semua orang,” kata Saul.
Nama penyerang Atletico itu antara 30 pemain yang disenaraikan untuk memenangi anugerah tersebut dengan pencapaian terbaiknya adalah menduduki tempat ketiga dalam senarai akhir dua tahun lalu.
Griezmann, 27, menikmati kempen cemerlang bersama Atletico musim lalu dengan meledak 29 gol sepanjang sai- ngan tersebut hingga membantu mereka menjulang gelaran Liga Europa. – Agensi











