Tan Sri Hassan selamat dikebumikan - Utusan Malaysia

Tan Sri Hassan selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 7 Okt. – Jenazah tokoh agamawan terkenal, Allahyarham Tan Sri Hassan Azhari selamat dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam di sini sebentar tadi.

Jenazah dikebumikan kira-kira pukul 9.40 pagi tadi dengan kehadiran ahli keluarga, saudara-mara serta rakan.

Terdahulu, jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini kira-kira pukul 9 pagi dengan diimamkan anaknya, Prof. Madya Dr. Abd Rauf Hassan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Turut berangkat hadir ke pengebumian tersebut ialah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Laksamana Selangor, Tengku Sulaiman Shah.

Turut hadir Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari serta 300 orang yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat termasuk Musa dan Datuk

Jalaluddin Hassan, 64, kenalan rapat dan orang ramai.

Allahyarham meninggal dunia akibat kanser limfoma kira-kira 5 petang di Hospital Kuala Lumpur semalam, setelah menerima rawatan di hospital berkenaan sejak dua minggu lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini