KOTA BHARU 7 Okt. – Ibu kepada Timbalan Menteri Besar, Tengku Chik Tengku Ibrahim, 80, meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini pada pukul 1.25 pagi ini.
Menurut laman facebook Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah, solat jenazah dan pengkebumian ibunya dijangka pada pukul 2 petang ini di Masjid Al-Amani, Pondok Tok Ayah Kedah, Kampung Panchor, Kota Bharu di sini
Almarhum Tengku Chik yang lebih dikenali dengan Mak Ku, merupakan cucu kepada Raja Dewa, Tengku Long Zainal Abidin dan cicit kepada Sultan Muhammad III. – UTUSAN ONLINE
Memuatkan artikel berkaitan…











