Tun Mahathir selamat tiba dari lawatan kerja di UK - Utusan Malaysia

Tun Mahathir selamat tiba dari lawatan kerja di UK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad selamat tiba di Pangkalan Tentera Udara di Subang selepas mengetuai delegasi Malaysia ke sesi ke-73 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) dan lawatan ke United Kingdom.

Beliau ditemani isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali tiba di pangkalan udara itu pada kira-kira pukul 6.20 petang menaiki pesawat khas kerajaan.

Ketibaan Perdana Menteri disambut Timbalannya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman, Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Ching Tong serta Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Turut kelihatan, ratusan orang awam yang sabar menanti sejak pukul 5 petang tadi walaupun dalam keadaan hujan lebat dan basah.

Sejurus tiba, laungan ‘Hidup Tun’ kedengaran dan seterusnya Al-Fatihah serta doa selamat dibacakan sebelum Mahathir membuat ucapan ringkas dan dilihat bersalaman dan bergambar dengan orang ramai sebelum beredar meninggalkan balai ketibaan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini