Jabatan Perhilitan kaji punca harimau keluar dari habitat - Utusan Malaysia

Jabatan Perhilitan kaji punca harimau keluar dari habitat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara Pahang telah menghantar sepasukan enam anggotanya bagi menyiasat tentang penemuan harimau Malaya berhampiran Taman Negara Kuala Tahan semalam.

Pengarahnya, Ahmad Azhar Mohamed berkata, selain menjejak harimau berkenaan untuk memastikan keselamatannya dan penduduk di kawasan itu, pasukan tersebut akan menyiasat punca harimau  terbabit  merayau keluar dari kawasan habitatnya.

“Setakat ini kita masih belum kenal pasti sama ada harimau berkenaan dari Taman Negara Kuala Tahan ataupun hutan dari kawasan berhampiran.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jika dilihat di Taman Negara tidak ada masalah dari segi kitaran makanan, ia masih stabil dan terpelihara namun di kawasan hutan Jerantut kita tidak pasti sama ada berlaku pembalakan di kawasan itu yang menyebabkan haiwan liar berkenaan terpaksa keluar untik mencari makanan, ” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai sebuah klip video yang tular di laman sosial semalam berkenaan penemuan seekor harimau yang melintas jalan berhampiran Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini