Fokus kukuh parti, bukan jatuhkan Presiden - Utusan Malaysia

Fokus kukuh parti, bukan jatuhkan Presiden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Sept. – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berharap ahli parti mengambil iktibar daripada keadaan semasa agar tidak berlaku usaha saling jatuh menjatuhkan antara satu sama lain.

MOHAMED KHALED BIN NORDIN

Katanya, ahli parti perlu berusaha untuk memperkukuhkan parti dan bukan cuba untuk menjatuhkan sesama sendiri termasuk Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemimpin dan ahli parti perlu fokus dan tumpu kepada banyak perkara dalam soal memperkuatkan parti.

“Bukannya usaha untuk jatuh menjatuhkan atau memperkecilkan mana-mana pihak terutamanya Presiden,” katanya kepada pemberita selepas mendengar ucapan dasar Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2018, di sini malam tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini