Lapan individu termasuk enam pegawai Imigresen direman empat hari - Utusan Malaysia

Lapan individu termasuk enam pegawai Imigresen direman empat hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Sept. – Lapan individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam direman empat hari bermula hari ini hingga Selasa depan.

Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret,  Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahmandi Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini hari ini.

Peguam bela enam pegawai Imigresen terbabit, Mohamad Zahid Ahmad berkata, mahkamah membenarkan reman selama empat hari berbanding tujuh hari yang diminta pegawai penyiasat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009,” katanya ketika ditemui di IPD Dang Wangi, di sini hari ini.

Semalam, SPRM menahan enam pegawai Jabatan Imigresen berusia 27 hingga 36 tahun kerana disyaki bersubahat dengan sindiket untuk melepaskan individu disenarai hitam ke luar dan memasuki negara ini.

Menurut sumber, kesemuanya ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) antara pukul 8.16 hingga 9.10 pagi.

Turut ditahan ialah seorang wanita warga Vietnam dan seorang ahli perniagaan wanita warga tempatan berusia 49 tahun. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini