Peniaga kedai makan maut kereta terbabas dalam parit - Utusan Malaysia

Peniaga kedai makan maut kereta terbabas dalam parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT 29 Sept. – Seorang peniaga kedai makan maut setelah kereta yang dipandunya terbabas ke dalam parit di Kampung Tersusun Air Kuning di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 1.15 pagi itu, lelaki warga emas berusia 65 tahun, Yaacob Itam maut di tempat kejadian akibat cedera di beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohamad Zainal Abdullah berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang memandu kereta Perodua Kancil itu dalam perjalanan dari arah Sungai Galah ke Teluk Intan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, kereta dipandu mangsa itu dipercayai hilang kawalan di jalan berselekoh sebelum terbabas masuk ke dalam parit.

“Akibat kemalangan itu, mangsa cedera dan maut di tempat kejadian. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini