Jho Low selangkah lebih awal daripada pihak berkuasa - Tun Mahathir - Utusan Malaysia

Jho Low selangkah lebih awal daripada pihak berkuasa – Tun Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK – Pihak berkuasa Malaysia telah menerima beberapa maklumat mengenai keberadaan jutawan buruan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low daripada beberapa pihak termasuk rakyat Malaysia, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Namun, dia mengetahui terlebih dahulu mengenai tindakan yang mungkin kita ambil dan dia hilang,” katanya kepada media Malaysia di sini hari ini.

Mahathir berkata meskipun menghadapi banyak kesukaran pihak berkuasa melakukan yang terbaik tetapi malangnya setakat ini mereka belum berjaya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jika anda tahu, beritahu dan ambil tindakan. Sila beritahu kami di mana dan kami perlu berunding dengan negara berkenaan.

“Semua perkara ini tidak dihebahkan, lebih kurang,” katanya.

Ditanya sama ada benar ahli perniagaan yang diburu itu berada di China, Dr Mahathir berkata: “Kami diberitahu dia berada di China di antara tempat-tempat lain.

Kami juga diberitahu dia berada di Bangkok.  Beliau seolah-olah mempunyai keupayaan  untuk mengetahui terlebih dahulu tentang  apa yang akan kita lakukan “.

Jho Low dan bapanya, Tan Sri Low Hock Peng, didakwa tanpa kehadiran mereka  di Malaysia bulan lalu atas wang yang didakwa dicuri dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pihak berkuasa Malaysia kini bekerjasama dengan pelbagai negara termasuk peguam negara Amerika Syarikat  dan Switzerland untuk mengembalikan wang yang didakwa dicuri itu. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini