Abdul Azeez, abangnya direman enam hari lagi - Utusan Malaysia

Abdul Azeez, abangnya direman enam hari lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 29 Sept. – Tempoh reman ahli Parlimen Baling merangkap ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan abangnya, Abdul Latif Abdul Rahim bagi membantu siasatan kes menerima rasuah disambung selama enam hari lagi.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim sehingga 5 Oktober ini.

Abdul Azeez Abdul Rahim
TEMPOH reman Abdul Azeez Abdul Rahim dan abangnya, Abdul Latif bagi membantu siasatan kes menerima rasuah disambung selama enam hari lagi. – UTUSAN ONLINE/ZAKI AMIRUDDIN

Selain itu, seorang lagi suspek yang turut direman pada Rabu lalu membabitkan kes sama dibebaskan hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Nazri Osman yang juga sepupu kepada Abdul Azeez dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM10,000 bersama seorang penjamin.

Terdahulu, ketiga-tiga suspek itu dibawa ke Mahkamah Majistret di sini dengan memakai baju lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
berwarna jingga dan tangan digari.

Reman Aziz disambung
TEMPOH reman Abdul Azeez Abdul Rahim dan abangnya, Abdul Latif bagi membantu siasatan kes menerima rasuah disambung selama enam hari lagi. – UTUSAN ONLINE/ZAKI AMIRUDDIN

Rabu lalu, ketiga-tiga suspek tersebut direman selama empat hari mengikut peruntukan 117 Kanun Acara Jenayah selepas membenarkan permohonan oleh SPRM. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini