[VIDEO] Tujuh calon layak bertanding PRK Port Dickson - Utusan Malaysia

[VIDEO] Tujuh calon layak bertanding PRK Port Dickson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 29 Sept.- Tujuh calon layak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson pada 13 Oktober ini.

Pegawai Pengurus PRK Port Dickson, Khairy Maamor berkata, selepas pusat penamaan calon ditutup pihaknya telah menerima lapan borang pencalonan namun satu pencalonan ditolak.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mereka yang layak bertanding ialah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; calon Pas, Mohd. Nazari Mokhtar dan bekas Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang bertanding sebagai calon Bebas.

Turut bertanding sebagai calon Bebas ialah bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, Stevie Chan Keng Leong, Lau Seck Yan dan Kan Chee Yuen.

A. Ragendra yang menghantar borang pencalanon pada saat akhir walau bagaimanapun ditolak pencalonannya disebabkan pencadang bukan pemilih berdaftar di Parlimen Port Dickson. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini