[VIDEO] PRK Port Dickson kecoh penyokong mahu masuk pusat penamaan calon - Utusan Malaysia

[VIDEO] PRK Port Dickson kecoh penyokong mahu masuk pusat penamaan calon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON – Sedikit kekecohan berlaku sebelum proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Port Dickson bermula pukul 9 pagi ini.

Ia berikutan penyokong yang mengiringi calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu memasuki pekarangan pusat penamaan  di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) di sini.

Hanya mereka yang memiliki pas dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dibenarkan memasuki perkarangan MPPD.

Memuatkan artikel berkaitan…

Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiba di sini kira-kira pukul 8.45 pagi sebelum diiringi ke pusat penamaan oleh ratusan penyokongnya yang menanti ketibaan beliau sejak pukul 7.30 pagi.

Pasukan keselamatan bagaimanapun dapat mengawal keadaan dan proses penamaan calon sedang berlangsung dengan baik sejak pukul 9 pagi tadi. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini