Mahkamah bebaskan Chin Wah - Utusan Malaysia

Mahkamah bebaskan Chin Wah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan semalam mengesahkan pembebasan bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah daripada tuduhan gagal mengisytiharkan punca pe­rolehan harta lima tahun lepas.

Keputusan itu dibuat selepas Timbalan Pendakwa Raya Mohamed Faizal Mohamed Fedder memaklumkan kepada panel tiga anggota dipengerusikan Hakim Datuk Mohtarudin Baki bahawa pendakwaan menarik balik rayuan akhir­nya terhadap pem­bebasan Chin Wah.

Mohamed Faizal ber­kata, Chin Wah pada 20 Julai lalu menghantar surat representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) supaya mempertimbangkan rayuan pihak pendakwaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, surat representasi itu diterima oleh AGC dan pendakwaan membuat keputusan untuk tidak meneruskan rayuan itu dan notis pemberhentian rayuan turut dihantar kepada pihak-pihak yang terlibat pada 24 Ogos.

Mohtarudin yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Ahmadi Asnawi dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, kemudian menolak rayuan itu dan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi­ Kuala Lumpur yang mengekalkan pembebasan Chin Wah, 60.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini