UMNO perlu lakar haluan baharu - Utusan Malaysia

UMNO perlu lakar haluan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Sept.- UMNO tidak boleh berpura-pura lagi terhadap kejatuhan parti sebaliknya perlu melakukan perubahan drastik demi melakar haluan baharu.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pucuk pimpinan perlu berterus-terang terhadap punca sebenarnya yang menyebabkan UMNO ditolak oleh rakyat.

“Kita harus bertitik tolak dari situlah untuk kita melakar haluan dan gerak kerja selepas ini, jadi kita tidak boleh berpura-pura terhadap apa juga isu yang melanda parti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Soal moral compass yang disebutkan oleh Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan adalah isyarat bahawa UMNO perlu melakukan perubahan dalaman yang lebih drastik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian persidangan ketiga-tiga sayap parti sempena Perhimpunan Agung UMNO 2018. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini