Adam juara Da’i musim keenam - Utusan Malaysia

Adam juara Da’i musim keenam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Selepas 10 minggu bertanding, tuah ternyata berpihak kepada Da’i Adam apabila dinobatkan juara Da’i Pendakwah Nusantara musim keenam sekali gus menewaskan tiga lagi finalis lain.

Kemenangan tersebut melayakkan Adam atau nama penuhnya Muhammad Adam Muhibbullah Abdullah membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM60,000, dua tiket umrah tajaan Almas Beauty & Health Sdn. Bhd. berserta sebuah trofi. 

Adam yang merupakan seorang mualaf berusia 26 tahun itu menyampaikan persembahan menerusi pusingan pertama dengan tajuk dakwah Bangkit Anak Muda dan Saya Mualaf pada pusingan kedua.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, Da’i Imran yang membawakan persembahan berjudul Agihan Zakat dan 26 Hari Tanpa Peperangan diumumkan sebagai pemenang tempat kedua membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000, satu tiket umrah tajaan Almas Beauty & Health Sdn.Bhd. berserta sebuah trofi. 

Da’i Haziq yang mempertaruhkan persembahan berjudul Haiwan Berhak Hidup dan Intelektual & Ulama’ pula terpaksa berpuas hati di tempat ketiga sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000 dan RM2,000 serta produk Almas tajaan Almas Beauty & Health Sdn. Bhd.

Dalam pada itu Adam dan Haziq masing-masing turut diangkat sebagai Da’i Pilihan Almas dan Da’i Pilihan Penonton.

Pada pentas akhir yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral tadi turut dihangatkan dengan persembahan istimewa oleh penyanyi Tomok dan Aizat Amdan.

Pentas Da’i itu turut dikendalikan oleh pengacara, Datuk Rosyam Nor dan Da’i Izzhar. 

Keputusan sebanyak 80 peratus diadili oleh juri tetap iaitu Mohamad Zarifi Mohamad Daud dan Prof. Madya Dr. Sharifah Haayati Syed Ismail manakala 20 peratus lagi daripada Murabbi Harryanto Rizal Rokman dan Fakhrul Radhi Khamarudin. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini