Bekas pembantu peribadi Anwar bertanding di Port Dickson - Utusan Malaysia

Bekas pembantu peribadi Anwar bertanding di Port Dickson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 28 Sept. – Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan mengumumkan beliau akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

SAIFUL BUKHARI AZLAN
SAIFUL BUKHARI

Menurut Mohd. Saiful Bukhari, 33, beliau akan menghantar borang pencalonan di pusat penamaan di dewan Majlis Perbandaran Port Dickson pagi esok.

“Setakat ini saya sahkan saya sudah bayar deposit untuk bertanding. Terpulang pada hari esok sama ada pencalonan saya diterima atau tidak,” katanya ketika dihubungi di sini malam ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mohd. Saiful Bukhari menegaskan, beliau tidak ditaja oleh mana-mana pihak untuk bertanding dan keputusannya itu tiada kaitan dengan agenda peribadi terhadap individu lain.

“Demi Allah tidak ada sesiapa di belakang saya dan saya bukan ditaja. Saya akan mengulas lanjut tentang keputusan bertanding dalam sidang akhbar selepas penamaan calon,” katanya.

Mohd. Saiful Bukhari menjadi individu keenam dijangka bertanding dalam PRK Parlimen Port Dickson yang diadakan selepas kerusi itu dikosongkan oleh penyandangnya, Datuk Danyal Balagopal Abdullah baru-baru ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini