Mayat lelaki ditemui di bawah jambatan Kuala Perlis - Utusan Malaysia

Mayat lelaki ditemui di bawah jambatan Kuala Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Mayat seorang lelaki yang masih tidak dikenal pasti identitinya ditemui Sungai Baru, Kuala Perlis di sini kira-kira pukul 6 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, penemuan mayat itu hasil maklumat orang awam yang menghubungi polis.

“Berdasarkan siasatan awal, mayat itu telah ditemui kembung di seluruh badan dan muka yang menyukarkan proses pengecaman.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mayat ini ditemui tersangkut di batu yang terdapat di sungai tersebut di bawah jambatan yang baharu sahaja siap.

“Kes masih dalam siasatan lanjut,” katanya ringkas ketika dihubungi sebentar tadi.

Pada 17 September lalu berlaku ribut di seluruh Perlis sehingga menyebabkan 169 kediaman, 48 buah sekolah rendah dan menengah serta 192 pokok tumbang dalam angin ribut berkelajuan 68.7 kilometer sejam serta hujan lebat yang melanda seluruh Perlis itu.   

Malah, bencana itu menyebabkan empat maut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini