Sembilan remaja lelaki ditahan rogol pelajar 13 tahun - Utusan Malaysia

Sembilan remaja lelaki ditahan rogol pelajar 13 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING – Sembilan remaja lelaki ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kes rogol seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun dalam tiga kejadian berasingan di Kamunting dan Aulong di sini sejak 18 September hingga kelmarin.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Taib berkata, kesemua suspek berusia 15 hingga 17 tahun itu ditahan dalam serbuan di sekitar Kamunting dan Taiping antara pukul 9 hingga 11.30 malam semalam.

“Empat daripada suspek masih bersekolah manakala bakinya sudah berhenti sekolah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tangkapan terhadap kesemua suspek dibuat berikutan laporan polis yang dibuat mangsa di Balai Polis Kamunting pagi semalam,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping di sini hari ini.

Tambah Mohamad, hasil ujian klinikal mengesahkan mangsa mengalami kesan koyakan lama pada alat sulit mangsa.

Katanya, semakan rekod lampau mendapati tiga daripada mereka masing-masing mempunyai satu rekod lampau berkaitan rogol, seksual ke atas kanak-kanak dan pukul sehingga cedera parah.

“Kesemua mereka kini direman selama enam hari bermula hari ini sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.Katanya, polis sedang mengesan dua lagi suspek yang masih bebas dikenali Hadi dan Boya selain rakan mangsa bernama Anis untuk siasatan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini