PRK Port Dickson: Ezam umum keputusan esok - Utusan Malaysia

PRK Port Dickson: Ezam umum keputusan esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Sept. – Bekas Ketua Angkatan Muda (AMK) PKR, Datuk Mohamad Ezam Mohd. Nor bakal menjawab spekulasi sama ada beliau bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson esok.

Mohamad Ezam berkata, sehingga kini beliau masih belum membuat sebarang keputusan dan akan mengadakan pertemuan dengan rakan-rakannya sebelum mencapai kata putus mengenai perkara tersebut.

“Saya belum buat keputusan kerana baharu sampai dari dari Jakarta, Indonesia pagi tadi. Malam ini saya akan bertemu rakan-rakan dan esok akan buat keputusan (sama ada bertanding atau tidak).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya belum ada hasrat bertanding namun atas desakan ramai, baharulah saya nak timbang (bertanding),” katanya menerusi aplikasi Whatsapp kepada Utusan Online di sini hari ini.

Mohamad Ezam dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim antara disebut-sebut akan bertanding pada PRK Parlimen Port Dickson menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Abdul Khalid, 72, dikatakan akan bertanding atas tiket Pas sementara Mohamad Ezam yang merupakan bekas pemimpin reformasi dijangka menggunakan tiket bebas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 13 Oktober ini sebagai hari pengundian sementara penamaan calon ialah pada Sabtu.

Wakil rakyat kawasan itu Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengosongkan kerusi Parlimen Port Dickson pada 12 September lepas untuk memberi laluan kepada Anwar ke Dewan Rakyat.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Danyal Balagopal memenangi kerusi Parlimen itu dengan majoriti 17,710 undi, menewaskan calon Barisan Nasional Datuk V.S. Mogan dan Mahfuz Roslan daripada Pas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini