BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 27 SEPTEMBER 2018 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 27 SEPTEMBER 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AWANG keliru dengan ‘isu plastik’ yang menarik perhatian pelbagai pihak. Pertama mengenai syarat baharu permohonan lesen AP sisa plastik termasuk levi RM15 bagi setiap tan barangan itu yang diimport dari serata dunia.

Kedua, hasrat kerajaan mengurangkan sisa plastik termasuk dasar penggunaan penyedut minuman plastik atau straw. Adakah dua isu ini berkait rapat dengan memulihara alam sekitar? Apa yang pasti, kedua-duanya melibatkan plastik.

Biar apa pun pendirian pihak berkuasa berkaitan isu ini, matlamat untuk mengurangkan sisa plastik perlu diberi keutamaan. Pihak industri mempunyai pelbagai alasan untuk mempertahankan industri mereka tetapi masyarakat juga berhak menikmati alam sekitar yang bebas daripada pencemaran sisa plastik.

Memuatkan artikel berkaitan…

Masyarakat sudah dididik untuk mengurangkan penggunaan beg plastik ketika membeli-belah dan wujud kesedaran mengenainya walaupun ada sedikit masalah di peringkat awal.

Pihak industri perlu menyahut kesedaran ini. Mereka perlu menyambut kesediaan pengguna mengurangkan penggunaan plastik dengan mencari pelbagai alternatif kepada industri mereka.

Awang amat berharap, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dapat duduk bersama Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim bagi membincangkan isu ini supaya akhirnya segala keputusan memihak kepada penjagaan alam sekitar.

Pandangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga perlu diberi perhatian.

AWANG – Sokong sifar plastik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini