NANNING, China – Penduduk di sebuah kampung gempar apabila kawasan perkampungan mereka dipenuhi dengan buih sabun yang semakin menenggelamkan tempat tinggal mereka.
Kejadian itu dipercayai berlaku apabila seorang lelaki mencuci botol plastik.
Lelaki itu kemudian menuang cecair sabun yang terlalu banyak ke dalam longkang.
Memuatkan artikel berkaitan…
Sebaik sahaja lelaki terbabit menuang cecair sabun itu ke longkang, hujan lebat turun menyebabkan sabun itu menjadi buih yang terlampau banyak.
Akibatnya, buih yang mengembang itu telah melimpah dan menenggelamkan kampung berkenaan.
Kejadian itu turut dirakamkan oleh penduduk lain yang menunjukkan kawasan pokok-pokok renek dipenuhi buih sabun yang sedang mengembang.– WWW.GLOBALTIMES.COM











