Keracunan alkohol tidak lagi terhad di Lembah Klang - Utusan Malaysia

Keracunan alkohol tidak lagi terhad di Lembah Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kematian akibat keracunan arak tidak lagi terhad di Lembah Klang sahaja dengan dua kematian turut dilaporkan di Perak.  

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam (Rabu) mengumumkan angka kematian di Lembah Klang sahaja telah meningkat ke 21 dan 19 daripada kematian itu berlaku di Selangor.  

Di Perak, dua lelaki warga tempatan dari Bandar Baru Putra, Bercham disahkan meninggal akibat keracunan arak masing-masing pada Isnin dan Selasa lepas, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia negeri, A.Sivanesan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mangsa yang berumur 50 tahun meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh pada awal pagi Isnin manakala seorang lagi yang berusia 39 tahun maut di Hospital KPJ pada awal pagi Selasa.

“Sementara itu, dua lelaki tempatan berusia 41 dan 53 tahun berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi HRPB, manakala seorang mangsa lelaki berusia 35 tahun dilaporkan stabil di hospital yang sama,” katanya dalam satu sidang akhbar hari ini. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini