Nadma pantau, nilai kerosakan kejadian ribut di Perlis - Utusan Malaysia

Nadma pantau, nilai kerosakan kejadian ribut di Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 18 Sept. – Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bersama agensi-agensi berkaitan sedang membuat pemantauan dan penilaian kerosakan dalam kejadian hujan lebat dan angin kencang di Perlis malam tadi.

AHMAD JAILANI MUHAMED YUNUS

Ketua Pengarah Nad­­ma, Datuk Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus berkata, perkara itu akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri yang akan diadakan malam ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, ketika kejadian ribut itu berlaku, kelajuan angin yang direkodkan oleh Jabatan Meteorologi Perlis ialah 37 knot atau 68.7 kilometer sejam.

“Operasi pembersihan sedang giat dijalankan oleh pelbagai agensi yang berkaitan dan orang awam. Keutamaan akan diberikan kepada kes pokok tumbang yang menghalang laluan dan me­nimpa rumah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam kejadian angin kencang tersebut, banyak kawasan terlibat sehingga me­ngakibatkan banyak pokok tumbang dan rumah-rumah rosak ser­­ta kemudahan awam terjejas.

Ahmad Jailani ber­kata, laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri Perlis sehingga pukul 12 tengah hari ini merekodkan sebanyak 102 rumah terjejas di sekitar Mata Ayer, Bintong, Kayang, Beseri, Sena, Chuping, Kuala Perlis dan Pauh.

“Di samping itu, sebanyak 189 kes pokok tumbang dilaporkan sehingga me­ngakibatkan gangguan elektrik di kawasan terbabit,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini