Sekretariat pemilihan PKR bebas dengan jaminan SPRM - Utusan Malaysia

Sekretariat pemilihan PKR bebas dengan jaminan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 18 Sept. – Dua lelaki yang merupakan sekretariat jawatankuasa pemilihan PKR Kedah hari ini dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perintah tersebut dikeluar­kan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Noor ­Lyana Ab. Rahim pada kira-kira pukul 11 pagi ini.

Mereka yang berusia 48 dan 46 tahun itu dibebaskan dengan jaminan RM5,000 seorang de­ngan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melaporkan diri ke pejabat SPRM setiap bulan.

Akhbar sebelum ini me­la­­­porkan kedua-dua mereka di­­percayai meminta wang RM20,000 daripada seorang le­laki berusia 58 tahun sebagai dorongan supaya nama­nya tidak digugurkan daripada se­narai calon yang akan bertan­ding pada pemilihan parti pe­ringkat cabang di ne­geri ini pada 22 September ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×