Misteri bangsal usang terbongkar - Utusan Malaysia

Misteri bangsal usang terbongkar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 18 Sept. – Misteri sebuah bangsal usang dalam kebun getah di Kampung Kubang Binjai, Pasir Mas di sini yang menimbulkan rasa curiga penduduk terbongkar apabila polis mendapati lokasi itu menjadi tempat penyim­panan senjata api dan ketulan ganja mampat dalam satu serbuan, Khamis lalu.

Ketika serbuan pada pukul 2 petang itu, polis menahan pemilik kebun getah berusia 52 tahun yang sedang berehat dalam pondok kebun terbabit.

Ketua Polis negeri, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, serbuan dibuat selepas pihak­nya menerima maklumat awam dengan mengesyaki terdapat aktiviti mencurigakan di bangsal usang berkenaan yang terletak di lokasi terpencil serta jauh dari laluan utama.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut beliau, selepas mela­kukan pemeriksaan lanjut, polis menemukan selaras senapang jenis Romington berwarna hitam dan sepucuk pistol berwarna pe­rak di lantai bangsal itu.

“Anggota kita turut menemukan satu bungkusan plastik biru mengandungi ketulan daun kering mampat disyaki ganja dengan nilai pasaran semasa mencecah RM4,500.

“Suspek pula didapati mempunyai tiga rekod lampau ber­kaitan dadah namun sari­ngan air kencing ke atasnya didapati negatif,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Menurut Hasanuddin, suspek mendakwa tidak tahu menahu mengenai senjata api atau ganja tersebut dan sebelum ditahan dia sedang berehat di pondok tersebut sambil menunggu kedatangan anak lelakinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini