19 maut bas, lori tangki 
minyak bertembung - Utusan Malaysia

19 maut bas, lori tangki 
minyak bertembung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN 18 Sept. – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dalam kemalangan melibatkan sebuah bas dengan lori tangki minyak di lebuh raya yang menghubungkan Kashan dan Natanz di tengah Iran malam semalam.

Menurut laporan stesen te­levisyen tempatan, nahas yang dilaporkan berlaku pada kira-kira pukul 11.15 malam waktu tempatan itu menyebabkan kedua-dua kenderaan terbakar.

“Berdasarkan siasatan awal, lori tangki minyak hilang kawalan lalu melanggar bas dan menyebabkan letupan serta kebakaran yang mengorbankan 19 penumpang,” kata Komander Polis Trafik, Jeneral Mohammed Hossein Hamidi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Stesen televisyen tempatan turut menyiarkan rakaman kejadian ketika pasukan bomba dan pasukan kecemasan berusaha untuk memadamkan kebakaran serta mengejarkan mangsa yang cedera ke hospital berhampiran.

Iran merupakan negara yang mempunyai kadar kematian jalan raya paling tinggi di dunia dan Kementerian Kesihatan melaporkan kira-kira 16,300 kes kematian dicatatkan sehingga Mac lalu manakala 336,000 pula mengalami kecederaan.

Rata-ratanya adalah disebabkan oleh memandu secara cuai, kelemahan kualiti jaringan jalan raya terutama di kawasan pedalaman serta lambakan pe­­­ngeluar kenderaan tempatan yang masih menggunakan teknologi yang ketinggalan zaman akibat sekatan oleh Amerika Syarikat (AS). – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini